Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginannya untuk bertaubat kepada Allah S.W.T.
Dia berkata;
“Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat”
“Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat tetapi saat aku menggali kembali kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telah membelakangi kiblat.
Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru ?”
Tanya pemuda itu.
“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah S.W.T sewaktu hidupnya. Lantaran Allah S.W.T menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, untuk membedakan mereka daripada golongan muslim yang lain”
Jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi;
“Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad, tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi hancur. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru ?”
Jawab ahli ibadah tersebut;
“Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan shalat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya shalat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna shalat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain”
Pemuda itu menyambung lagi;
“Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa saja. Tapi ketika aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak dari perutnya itu”
“Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda”
Balas ahli ibadah itu lagi.
“Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru ?”
Jawab ahli ibadah itu;
“Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang durhaka kepada kedua ibu bapaknya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah S.W.T sama sekali tidak redha kepada manusia yang mendurhakai ibu bapaknya”
“Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya”
Sambung pemuda itu.
“Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulai pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari”.
“Bukankah Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam pernah bersabda, bahwa siapa saja yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda”
Jelas ahli ibadah tersebut.
“Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali kembali kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya”
“Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya”
Jawab ahli ibadah tadi.
“Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru ?”
Tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut;
“Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka mengamalkan pula ilmunya sewaktu hayat mereka. Itulah golongan yang mendapat keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah S.W.T baik sewaktu hayatnya maupun sesudah matinya”
Ingatlah, sesungguhnya dari Allah S.W.T kita datang dan kepada-Nya jualah kita akan kembali.
Kita akan mempertanggung jawabkan atas setiap harta dan amalan yang kita lakukan.
; Setelah sahabat membaca kisah ini, Share kepada sahabat dan rekan-rekan lainnya.
Semoga amalan baik yang sedikit ini diambil oleh Allah Ta’ala di Akhirat kelak. Aamiin.
0 komentar:
Post a Comment